Friday, January 5, 2018

Top 55 Blog Travel Malaysia 2017




Assalamualaikum,

Wah dah masuk tahun baru 2018 ni. Selamat tinggal 2017 dan selamat datang 2018. Wah terkezut aku beb....bila tenguk blog saje suka-suka ni tersenarai sebagai top 55 blog travel di Malaysia....WOW...( ala gaya tokey arab dapat duit banyak dalam 3 Abdul)

 Mula -mula tak perasan komen yang singgah rumah aku maklumkan hal ini. Seperti biasa aku  pi meronda rumah SS jadi nampaklah yang SS top 12. Sekali aku pi le blog tu eh eh  blog aku pun tersenarai.... top 35 share dengan nanatron sebab jumlah post yang  dinilaikan adalah sama.  

Walahhh. Syukur tak sangka aku. Padahal aku menulis bukan untuk jadi femes hanya nak share kenangan melancung. Tak sangka pula ada orang nilai semua hasil tulisan aku. Kiranya jadi pemangkin semangat tahun baru ni supaya selalu dan rajin menulis mengenai tempat-tempat  yang aku pergi. Selalunya kalau keluar negeri tu melancung sambil shopping sambil jalan-jalan cari makan. hehehehehe itu kesukaan aku. Tapi kadang setengah-setengah tempat aku lebih menyukai keindahan tempat tersebut bukan hanya shopping dan jalan-jalan cari makan saja ya. Nampak gaya kena target sekurang-kurangnya 1 tahun mesti cop pasport.... tapi selalunya ikut tabung ayam le samada penuh ke kempis. hehehehe

Berjalan keluar negeri melihat tempat orang memang lah kesukaan aku tapi untuk menjadikan ianya sebagai keutamaan tak adalah. Apa lagi kalau jadikan panduan dan rujukan pada orang lain sebab aku tak pandai nak mengolah ayat tapi aku menulis sebagai kenangan aku ke tempat-tempat tersebut. Lagi pun selalunya aku ambil pakage je sebab mudah, sediakan duit semua travel agent uruskan. Setengah orang suka style backpackers.... sebab boleh explore tempat lain selain dapat pengalaman yang lain daripada yang lain. Apa pun masing-masing punya citarasa yang berbezakan.    


Boleh lah hang pa semua jenguk Blog rahsiamelancong blogspot my yang begitu rajin bagi badge yang ohsem ni. Toche toche toche


Apa pun terima kasih pada semua yang singgah rumah aku ya. Tanpa kalian siapalah aku. Dengan blog juga silaturahim kita terjalin walaupun hanya di alam maya. Apa pun semangat tahun baru kena rajin-rajin update cerita lah. Pending cerita banyak entah bila nak letak. Ni kiranya kena rajin-rajin post cerita baru lah ya. Sebenarnya banyak juga lokasi travelling aku yang terperam gambar-gambarnya. Sayangkan. Insha Allah aku cuba usahakan supaya ianya terlayar di blog aku. Apa pun check nak habaq aku cayang hangpa semua ya.

MUAH MUAH MUAH MUAH 1000 kali.  I LOVE U ALL

18 comments:

  1. tahniah.. tahniah... macam tak sangka pulak kan. heeee
    kita menulis sebab suka2 dan buat kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tak sangka padahal tulis tu untuk kenang-kenangan dan sebab suka merapu...hehehehe

      Delete
  2. tahniah!!..i love you too..
    saya pun target dpt cop passport setahun sekali pun dah syukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toche toche nohas...kan kalau tak cop pasport emm kaki rasa nak terobang je kan. hahahahaha lepas tu jeles kat orang asyik pi sana pi sini tapi kita jeles berhikmah bukan jeles tahap gaban memanjang. hahahaha rosak bahasa aku jangan munsyi DBP dok teriak sudah le

      Delete
  3. Congrats! Congrats! Bravo! Bravo! He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adik kachok bergaya. Hangpa punya update fuyooo memang marbeles lah.. Apa pun tahniah untuk hangpa juga ya.

      Delete
  4. Tahniah kak Notie..masuk dalam list jugak..terbaiklaaa..terima kasih kepada blogger Rahsia Melancong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah juga buat JM. Walaupun dah kurang update tapi still top lagi. Rajin Blogger rahsia melancong buat award top 55 tu kan. Terima kasih banyak.

      Delete
  5. so lepas ni..kak Notie rajin2 lagi update blog tau jgn jadi mcm JM huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan. Nak ikutkan akak bukannya selalu travel macam hangpa bertiga tapi dok korek-korek kalau up cerita rasanya banyak juga tu. Kena bagi mood R tu top selalu lah.

      Delete
  6. Salam owner blog Saje Suka-suka Notie. Mohon tukar Blog List. Saya dah masukkan blog Saje Suka-suka Notie kat blog list Rahsia Melancong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wWaalaikumusalamusalam sebab rajin singgah. Akak dah masukkan blog rahsia melancong. Terima kasih berjuta-juta lemon ya.

      Delete
  7. Replies
    1. sama2 kakkk hhehehe sama lah khai pun terkezut mula2.. mcm apa ni? haha blog syok sendiri menulis utk kenangan sendiri tapi alhamdulillah ada juga yang hargaiii

      Delete
  8. Salam perkenalan kak, GV follow blog akak ya. Wah, tahniah kak. Terbaik. :)

    ReplyDelete