Monday, May 2, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan di Langkawi hari 1


Assalamualaikum,

Lamanya tak pot pet pot pet kan. Kadang ada idea menderu-deru tapi masa takde. Kadang ada masa lapang tapi idea takde nak menulis. Jadi mana yang dan ajelah ya. Macamlah ko tu VVIP lagaknya. hehehehe padahal malas tahap gaban. hahahaha. 



Ok minggu lepas pergi langkawi lagi tapi pasal kerja ya. Tapi oleh kerana ada geng yang mengajak supaya datang awal jadi Hari Ahad minggu yang lalu terbang lah kita ke negeri lang lagi. Pergi awal supaya sempat jenjalan keliling pekan kuah sebelum hadir ke event konvensyen Rekod Perubatan ke 2. Tahun lepas buat kat Serawak. Tapi sorang pun member opis tak tersenarai ke atau tak di bagi kelulusan aku tak pasti pulak. Tapi kali ini riki-riki dulu dengan geng, lepas tu maklumkan aku nak join. Alhamdulillah kerja tahun 2015 dah siap jadi bila menghadap big boss, dia bagi keizinan. Big boss pun ada paper kena present juga. Jadi akhirnya yehhhh dapat pi langkawi lagi. hahahahaha padahal tahun lepas dengan geng UB aku baru je makan angin masa cuti deepavali. Emm tak kisah le janji dapat pergi lagi. 

Aku dan Linda ambil flight pagi pukul 8.45 pagi. Oleh kerana takdak orang teman tidur kat airport terpaksalah naik ERL dari Bandar Tasik Selatan. Naik kul 6 dalam 45 minit sampailah KLIA. Masa check in beg, Linda tak sampai lagi. Tapi barisan kaunter di MAS dah berderet sampai ke pintu masuk. wah.... camno ni. MAS cuma buka booth B dan C. Nasib baik dia buka lagi kaunter di A bila orang ramai sangat. Sekarang dia buat style macam Air Asia. Semua flight boleh check in. Bukan macam dulu, flight sekian kaunter sekian. Idak ya. Jadi datang lah awal seandainya nak check in beg. Kalau lambat hah beratur panjang le ya. Oh lupa aku terserempak dengan Mat Sabu masa panggil Linda suruh beratur kat booth A. Bagi salam jalah ya. Kat paper dan tv nampak macam dah tua tapi bila berdepan emmm macam nampak muda ja. hohoho. Bab politik aku tak campur ya.      

Aku dapat seat tepi tingkap, layan lah view yang sendu dengan jerebu. Dok sengsorang lagi best le. Dalam masa 45 minit sampai lah langkawi. Tapi kenapa bila balik jadi 1 jam ya? Muskil aku. Padahal laluan yang sama takan le ada kena corner ke tepi ke corner ke tengah. hehehehe Bukan kat atas tu jalan lurus ja.

Kita orang datang awal sebab nak jenjalan shopping. Event start hari Isnin hingga Rabu. Jadual memang pack, cuma time petang je yang free. Linda dah booking viva untuk kita orang rempit sekitar Kuah, dapat lah harga murah RM 50 dari pagi Ahad sampai tengahari Isnin. Hotel kita orang book tempat yang sama dengan event sebab tak nak pindah randah hotel. 

Bila sampai je airport, call adik tokey kete. Yeh dapat viva tapi huhuhu automatik. Aku mana tahu pakai automatik. Kete aku semua aku pakai manual. Jadi terpaksalah Linda ajor sebab dia malas nak bawa kete. Jadi dalam masa beberapa minit  bergerak le kete tu dengan slow motion sebab tuan bawa, baru nak belajar bawa kete. Ala gaya school driving gitu. hehehehe.  Minyak kete dah bling-bling jadi melilau le kita orang cari pam minyak. Nasib baik dekat. Tapi yang kelakor tu nak buka tempat minyak, kita orang cari tak jumpa. hahahahahaha hah ko gelak besor kita orang berdua. Panggil adik atendan pam tak nampak bayang. Nasib baik ada seorang perempuan sebelah kita orang yang tunjukkan.  Dah le masa nak bagi signal wiper kete yang bergerak. adeh.... ini la padahnya pakai kete orang lain. Bawah kaki takde, bawah seat takde rupanya dekat tempat gear... aduh tepuk dahi. 

Isi minyak RM20 je dah cukup untuk lenjan sehari suntuk sampai esok hari. Oleh kerana belum sarapan aku ajak Linda ke kedai Pak Malau. Oleh kerana tak ingat jalan main agak dekat dengan mahsuri, jadi Linda yang tunjukkan jalan. Ikut signboard bawa slow-slow sebab tak cam tempat. Tukang tukar gear ialah Linda, aku tukang tekan brek dengan speed. Boleh gitu. hahaha. Habis tu terkial-kial nak masuk gear. Mula-mula ja lepas tu ok dah. 

Akhirnya sampai juga warung Pak Malau. Tapi sedih sebab kering kontau ko sawah bendang. Tahun lepas kan hijau sanun lah ni huhuhu boleh main bola sepak lagi atas bendang. Dah berbulan Langkawi tak hujan.

Sebenarnya landmark untuk ke gerai Pak Malau ialah masjid. Lupa pulak nama masjid tu.Rupanya masjid tu depan je dengan gerai Pak Malau. Bertentang jalan ja. 

Masa aku tanya Mak Malau, Pak Malau takde ke? Mak Malau macam hendak tak hendak je jawap. hehehe yalah Pak Malau tu femes ko dan peramah. Rupanya dia layan ada sekumpulan mak datin makan kat tepi bendang. Dapat makan nasi Dagang Mak Malau lagi dengan air teh O ais huh sodapnya. Kita orang ambil ayam. Sekali ada kaki ayam 2 ketul aku rembat. Bila nak bayar Mak malau tak kira pun. Alhamdulillah semuga murah rezeki Mak malau. 

Dulu takde kete buruk ni, lah ni baru letak katanya. 

Hah tenguk tu kering kontang ko. Paneh berdenting peluh merembes sampai ketiak ko. Hush 

Bila tanya Pak Malau, Langkawi dah berapa lama takdak hujan. Hah ko dia keluarkan kalendar kuda banding kan tahun lalu dengan tahun ini. Tahun 2014 pun ado. Tahun lepas yang dia pangkah tu makna hujan turun.. Tahun ni baru 4 kali je dalam bulan 4. Tu pun sedikit je hujannya. Sebab tu sekarang lamgkawi panas berdenting dengan fenomena La nino. 

Habis makan jalan ke depan sikit eh dah sampai Mahsuri. Kita orang tak masuk dalam tapi singgah kat kedai yang jual macam-macam. 

Masuk kedai ni terus tergoda dengan kain batik. Dapat kain pelekat Rm 15 je. Harga biasa dalam Rm 35 tapi sebab kita orang pelanggan mula-mula masuk dapat diskaun. Rambang mata weiiiiii.

Lepas tu terus ke Pekan Kuah masuk Idaman Suri. Linda nak cari hadiah untuk cabutan bertuah. Kita orang kena bayar amaun tertentu ikut gred gaji. Sebahagian untuk makan malam dan sebahagian untuk hadiah cabutan bertuah.
Linda beli set teko ni, dalam hati aku mudah-mudahan ada rezeki dapat hadiah ni. Tapi orang lain yang dapat. huhuhu walaupun aku bertuah juga dapat hadiah lain. 

Lepas tu pi carik air  sebab haus sangat. hah tenguk 2 gelas air yang aku order. hahahaha Mana cukup 1 gelas. Ni kalau Nawwir baca mesti dia gelak.


Lepas tu kita orang masuk Rams. Rupanya dekat dengan hotel De Baron tempat event kita orang. Jalan kaki je sebab depan Hotel. HIG jauh sikit. Idaman Suri pun jauh sikit jalan lain. 

Dah puas jalan terus check in bilik. Hah besor ko biliknya. Boleh golek-golek lagi. Kita orang duk bertiga. Ada lagi seorang belum lagi  sampai sebab flight petang.

Dah dapat bilik dapat mandi wah syioknya. Golek-golek dulu ya. Nanti nak keluar lagi. 

Keluar lagi pergi ke HIG pula. 

Mahal kan whittaker slab ni. Tapi sedap. 

Masuk HIG ni memang rambang mata dengan coklat. Tadi masuk RAMs dan beli sikit. Masuk HIG beli sikit. 
Lepas tu eh kata Linda pergi Idaman Suri lagi lah sebab ada benda dia nak beli. Keluar Idaman Suri masuk Rams lagi. Hah pot atas ni comel je siap dengan penutup lagi. Harga pun murah dalam belas gitu. Aku macam nak beli tapi sebab nak bawa tu yang emm nanti-nanti lah. Tenguk besok balik  camno. 

Lepas tu kita orang rempit pi airport ambil Effa. Effa kerja Hospital Jempol. Lepas tu pi carik makan malam. Kita orang pi kedai EE. Makan malam western ko. Sekali Linda order hah ko. 

Ni abc aku order

Ni chicken chop effa sepinggan Rm 10.

Ni chicken grill aku order. Rm 10 juga.

Ni macam mushroom sup tapi nama dia lain. EE clam cowder

Meet ball spageti.

Ni ingatkan lasagna rupanya EE baked rice. 

Harga menu dia.

Ada yang murah juga harga dia. Kata Linda EE burger ni kalau hari minggu memang penuh terutamanya bila ramai orang bercuti. Ni sebab kita orang datang hari bekerja jadi tak ramai sangat. Makanan cepat je siap. Alhamdulillah makan sedap dah puas jalan jom balik hotel. 


12 comments:

  1. assalam..seronoknya notie ke langkawi lagi...apa yg terkilan nk dibuat kesini dulu bolehlah lakukan kali ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaalaikumusalam. Panas kak tapi sebab shopping seronok je. Sambil keje sambil shopping. Yang terkilan tetap tak boleh beli sebab pinggan mangkuk berat. lain kali le gamaknya. Macam nak datang lagi je tu. hehehehe

      Delete
  2. wahh..repeat nasi dagang Pak Malau..cayalah Pak Malau siap tanda kt kalender hari hujan turun..

    whittaker almonds..my favourite....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sampai mesti cari juga. Ingatkan sawah bendang masih hijau rupanya dah tandus. Tu lah bila tanya Pak Malau dah berapa lama langkawi tak hujan terus dia keluarkan kalendar kuda dia yang di simpan selama berapa tahun yang ada tak pasti pulak.

      Whittaker almonds tu sodap walaupun mahal huhuhuhu

      Delete
  3. Laaaa... Gear auto laa paling senang.... Meh sini SS ajar... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dah biasa hidup susah jadi bersusah susah dulu baru senang. hehehehehe Haah ko. Senang jo sampaikan gear tu tak gerak2 pi 4 ke 5 ke tapi rempit beb. hehehehe

      Delete
  4. Gambo kat keta lama tu.. Ala2 marilyn monroe.. Mengoda uuuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi keta tu tak poslish bagi kilat. Kalau tak huh posing singsing kain lagi beb atas bonet depan keta. hahahahaha tayang betis bunting padi katanya. kah kah kah

      Delete
  5. Dagang Pak Malau Dagang Bertempak..ehh..nape tak ambik pic Pak Malau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gambar Pak malau masa akak pegi dengan Geng Ulat Buku. Masa ni terlupa lah pulak... Pak Malau busy

      Delete
  6. Pak Malau layan Datin pautlah Mak Malau mencebik jek heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha Pak Malau dah macam retis tu yang Mak malau jealous padahal nasi dagang Mak malau yang masak.

      Delete