Wednesday, February 17, 2016

Aktiviti keluarga Bil 1/2016 Bhg 1

Assalamualaikum,

Tajuk macamlah nak buat kursus setiap tahun siap ada bilangan lah pulak. hehehehe. Padahal cuma perjumpaan adik beradik je. Nak kira agak-agak tahun 2016 ni berapa kali kita orang dapat berjumpa. Sebab dah ada request anak saudara, supaya sukaneka dibuat selalu. Mana taknya, ada je yang tercicir tidak dapat join. Bila tenguk gambar je semuanya dah meroyan. Dari Mak ke anak huhuhu. Lepas tu bila tenguk gambar makanan, huh yang lain boleh kecoh. Belum lagi tenguk hadiah sukaneka. Yang kat sanun pulak geram. Emm susah juga kadang nak plan tarikh yang sesuai untuk kami semua dapat berkumpul.

Hah baru-baru ni cuti Tahun Baru China dapat 4 hari cuti. Lepas tu budak sekolah cuti selama 1 minggu. Mana yang sambung tu huh dapat 9 hari. Kali akhir iaitu masa Hari Krismas tahun lepas kita orang dah pakat akan berkumpul lagi pada cuti Raya cina. Oleh kerana panjang dicadangkan buat gotong royong dan sukaneka. Dan alhamdulillah 2 hari kita orang dapat buat aktiviti keluarga.




Hari Ahad - Gotong - royong.

Part gotong royong ni huh memang keluarga Akak Ijah akak aku yang sulong semuanya ikut serta. Baik akak aku, abang ipar aku malahan anak saudara aku Zaki. Ada mesin gergaji lagi le suka. Habis pokok keliling kawasan rumah mak aku kalau boleh nak di tebang semuanya.


Sampai je rumah mak, terus dengan baju khasnya... di tuju pokok Jambu Gelas. Mula-mula tu nak tebang sepohon. Kita orang tak setuju lah sebab sayang, lagi pun buah dia boleh tahan juga selalu berbuah cuma kita orang je yang kadang terlepas musim dia berbuah. Tenguk-tenguk dah melacak je buahnya kat tanah.



Jadi tebang separuh je dahan yang berdekatan dengan rumah. Tu pun buah sedang berputik. 

                              
     Nasib baik adik aku yang bungsu cepat datang. Bila dia tenguk anak buahnya asyik nak menebang je semua benda cepat-cepat dia ikut. Agak-agak sayang ditahannya Zaki dari menebang.
                                               

Pohon yang dah di tebang di tarik ke belakang

Sekejap je dah gondol. Yang tak tahan tu sebab kerengganya banyak.

                             
                                             Pokok Kelapa lah pulak.

Habis le pokok kelapa beberapa pokok kena tebang.

                             
        Bila tenguk pokok kelapa daunnya panjang akak Ijah lah pulak, potong untuk buat lidi penyapu.

Ni di potong cari umbut kelapa.

Hah yang itu pulak pokok kekabu dah ditebangnya... lapang sikit jadi pokok asam epal boleh dapat cahaya.

    Yang pokok kelapa ni Adik aku Faizol pula kerjakan. Ambil buah kelapa yang masih ada pada dahan. Di kutip masukkan kereta sorong.

Ni kutip lagi daun kelapa buat lidi penyapu.

Kerja julie pula kopek buah ambil air dan isi kelapa.

Masing-masing sibuk bergotong royong. Semak je daun jambu gelas merata kering kat bawah sebab pokok nya baru je luruh maklumle lepas musim luruh kan. Dan sekarang sedang berputik buah. Tu yang rasa sayang je bila kata nak di tebang. Ada 3 pokok jambu gelas yang selalu berbuah. Nun di hujung sana, depan ni dan sebelah kanan sepokok lagi.

Pucuk daun kelapa yang muda kononnya nak buat sukaneka menganyam ketupat. 
 
Pemetik api ni Kak ijah ingatkan spray nyamuk, nasib baik dia kata dia tak spray kat kaki ada juga kaki yang melecur. 

Abang ipar aku dah keluar nak tebang pokok Durian. Mana pokok yang tidak mendatangkan hasil dan dekat dengan rumah habis ditebangnya. 

Dah di tebang sangkut pulak batangnya pada pokok Jambu Bol.

                                
Terpaksa lah Adik aku Saidi tolong potongkan dahan yang tersangkut tu. Mula-mula nak di tebang pokok Jambu Bol tu tapi kitaorang tak bagi. Jadi potong dahan yang tersangkut batang pokok Durian je lah.
 

Penat duduk lepak sekejap. 

Akhirnya tumbang dah pokoknya. Dahan yang panjang Zaki potong-potong jadi kecil. Senang nak angkut kumpul dan bakar.                    

Banyak juga bila di kumpulkan. Kak Ijah dengan menantunya Lin sedang meraut lidi daun. Yang kat belakang tu Kak jal pun tolong sama. 

Tenguk tu habis sebelah dahan pokok Jambu Gelas kena tebang. 

Lepas siap potong kat belakang, ke depan pulak. Tenguk-tenguk dah di tebang Pokok Jambu Bol. Habis dah. Pokok Jambu Bol tu ada 2 pokok tumbuh sendiri dan rapat-rapat kedudukannya. Jadi buahnya memang susah nak dapat sebab tak berapa elok masaknya. Dah terang kata Zaki boleh lah pokok rambutan kuning membesar sebab dah dapat cahaya matahari.

Bersepah-sepah dengan daun-daun dan batang pokok. Cuaca masa tu sekejap redup sekejap panas. Dan kadang gerimis. Bila gerimis apa lagi laju je bawa daun kelapa ke depan.  

Sambung pulak kerja kat depan pula. 

Sambil meraut lidi kelapa disertakan kudap-kudapan petang. 

Dah petang baru Kak Nong join sebab sebelah tengahari banyak jemputan. Yang kesian Kak Limah sebab semasa Kak Jal nak jemput paginya, anak dia Maria nak balik. Kononnya nak saing dengan anak sekali rupanya si Maria sampai dah petang. Sian kak Limah ternanti-nanti. Apa pun agenda gotong royong tetap berjalan juga. Sebelum tu kita orang pergi kebelakang sekali tenguk pokok apa lagi yang perlu di tebang. Kat belakang banyak pokok kelapa yang tumbuh sendiri sebab buah yang jatuh tidak di kutip. Tu pun nasib baik nampak pokok Nangka yang adik aku tanamkan. Nasib baik tak di tebang dek Zaki. Masa Gotong royong yang lalu ada anak pokok Mangga Harum Manis yang dah mati sebab kena bakar. Yang menanam orang lain, yang mengemas orang lain, jadi kena redho je lah. Aku yang frust sebab anak pokok, aku yang beli masa Floria hari tu. Tukang tanamkan adik aku sebab tangan dia sejuk sikit. Tapi sebab kebunnya semak, dah orang lain tak nampak pokok buah yang baru nak tumbuh tu. huhuhuhu. Lepas ni dah bersih belakang, ekspedisi tanam pokok buah pula.  Sebab tu bila Zaki ke belakang je, adik aku cepat-cepat menyongsong sama takut nanti habis semua pokok Zaki tebang. hehehehehe Ada mesin laju jelah.

15 comments:

  1. meriah gotong royong ye..

    yang best potong pokok kelapa. dapat degan, dapat penyapu, dapat umbut.. best sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan.. bagus pokok kelapa ni semua pun ada hasilnya.

      Delete
  2. wahh meriah betul... bagus gotong royong nie bersihkan rumah ...nnti kurang sikit tempat pembiakan nayamuk

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  3. Pau gebuuuuu tuuuu... Adussss... Adusss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paunya gebu gebas memang terbaik. Sedap buatan orang melayu. Datang dari Batu Pahat. Nanti nak tanya adik dia beli kat mana. Boleh tayang-tayang lagi. hahahaha

      Delete
  4. Gotong royong konon... Yang amik gambo mesti jadi mandor.. ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syssss pecah rahsia. Ala tukang ambik gambo pakai kain batik senget sebelah dengan tshirt lengan pendek... malu le nak posing. kekekeke *tutup muka malu*

      Delete
  5. sayangnya pokok harum manis dah mati..takde rezeki, nanti kena beli lain kt Floria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu le rasa sayang sangat..Dah le mahal sepokok..mati pula. Floria pun tak lama lagi kena borong benih pokok lebih le ni.. tabung ayam oh tabung ayam

      Delete
  6. RAJIN ADIK BERADIL NOTIE BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KWSN RUMAH YG AGAK LUAS TU..KALAU XDIKEMASKAN SELALU CPT JER SEMAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belakang tu dulu sebenarnya kebun getah. Tapi sebab dah tak tanam pokok getah lagi tu yang pokok kelapa tumbuh sendiri. Pokok-pokok pun bukannya tersusun ditanam sebab semak je belakang tu. Tu sebab kena gotong royong adik beradik kalau tak semak je belakang tu. Kalau semak takde ular takpele juga. Takut ada ular menyorok lah yang kena buat gotong royong bersihkan semak.

      Delete
  7. kami berkumpul juga CNY hari tu tapi buat kenduri arwah bonda . jamu gelas tu yg mcm jambu bol tapi panjang ke ... rumah pusaka kami kat kg tu , alhamdulillah sentiasa terjaga sbb my kakak umahnya di bhgn belakang je n my abang lak hamoir setiap hari melepak di situ . cuma belakang dapur je lah semakdgn pokok daun kesum ... bst kan keliling umah penuh dgn pokok buah . kami pun buat camtu juga . tapi bila buah masak , x dpt lak balik kg ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh jambu bol dengan jambu gelas ni pokoknya seakan-akan. Rasanya sepesies yang sama sebab daun pokok dan bunga buah agak sama. Daunnya lain sikit sebab yang janbu bol agak lebar dan jambu gelas akak panjang. Jambu bol warna kemerahan bila masak manakala jambu gelas warna putih bila masak dan panjang sikit bentuknya macam bentuk gelas. Manakala jambu bol pula bulat.
      Rumah kat kampung tu sejak aruah mak takde kena buat projek macam ni sebab rumah anak-anaknya jauh. Tu yang bila balik je semak sekeliling. Walaupun adik kat Batu Pahat dan melaka sesekali balik manalah sempat nak bersihkan sekeliling. Tu yang kena buat projek macamni supaya sambil membersihkan rumah dapat berjumpa adik beradik.

      Delete
  8. buat penyapu lidi bagus tu kak... kudapan petang yang tak menahan tuh.. sedapnya pau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily memang di kutip untuk buat lidi penyapu pun. Susah sekarang nak dapat penyapu lidi. Paunya gebus dan sodap. Panas-panas makan time hujan memang walah.

      Delete